KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN DI KAWASAN MAJLIS BANDARAYA IPOH SEMPENA SAMBUTAN HARI KESELAMATAN MAK
KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN DI KAWASAN MAJLIS BANDARAYA IPOH SEMPENA SAMBUTAN HARI KESELAMATAN MAK

11 Julai 2024 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Kempen Kesihatan Persekitaran di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh sempena sambutan Hari
 
Keselamatan Makanan Sedunia Tahun 2024 di Ipoh Convention Centre (ICC) pada pagi tadi.
 
Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia yang disambut pada 7 Jun setiap tahun dan tema sambutan Hari Keselamatan Makanan pada tahun 2024 adalah Food Safety: Prepare for the unexpected yang membawa maksud menitikberatkan agar sentiasa bersedia dalam melaksanakan langkah-langkah keselamatan makanan yang kukuh dan jitu di setiap peringkat rantaian makanan. Objektif kempen ini adalah untuk:
 
1. Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kebersihan persekitaran premis makanan bagi menjamin kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual,
 
2. Memberikan pendedahan tentang pencemaran makanan oleh kuman (mikroorganisma) termasuk bahan kimia dan memberikan pengetahuan tentang cara mengendalikan makanan dengan selamat serta cara penyimpanan makanan yang sesuai,
 
3. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas serta memberikan pengiktirafan kepada tandas premis makanan dalam usaha mereka menyediakan tandas bertaraf Bersih, Menawan dan Wangi (BMW)
 
 4. Memberikan pengetahuan tentang cara-cara mencuci dan membersihkan peralatan dengan sempurna dan cara-cara pembuangan sampah / sisa makanan yang teratur serta menerapkan budaya kerja yang cemerlang bagi melahirkan seorang pengusaha pengendali makanan yang terbaik,
 
5. Memberikan pendedahan dan pengetahuan pemasangan dan langkah-langkah penyelenggaraan alat perangkap minyak (grease trap) mengikut Garis Panduan Pemasangan Perangkap Minyak dalam premis makanan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2017 yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT),
6. Menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai destinasi menjamu selera yang bersih dan selamat serta menjadi kebanggaan Wargakota Ipoh dan seterusnya membantu nenpromosikan Tahun Melawat Ipoh 2024 dan Ipoh Bandaraya Pintar & Rendah Karbon 2030.


Dalam ucapan Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh memaklumkan bahawa kes keracunan makanan di Daerah Kinta merujuk sumber daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kinta melaporkan pada tahun 2024 sebanyak 8 premis makanan berjumlah 134 orang yang terlibat dalam kes keracunan makanan.
 
Operasi dan tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Ipoh bersama sama Pejabat Kesihatan Daerah Kinta terus melaksanakan pemantauan secara berkala melalui pelbagai operasi yang dijalankan. Dari Januari 2023 sehingga Jun 2024 Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Ipoh telah menjalankan pemeriksaan dan penggredan premis makanan. makanan. Sebanyak 312 premis makanan telah diberi penarafan sijil Gred A dan sebanyak 1745 premis makanan diberi Gred B, manakala 44 premis makanan sahaja diberi Gred C. Jumlah premis makanan yang telah dinilai dalam tempoh masa tersebut sebanyak 2101 premis.
 
Majlis Bandaraya Ipoh dalam mengorak langkah untuk memperluaskan Pensijilan Halal terhadap pengusaha restoran / kafe / gerai makan / kilang makanan di dalam kawasan pentadabiran Majlis. Premis yang telah mendapat sijil Gred A layak untuk dipertimbangkan Pensijilan Halal dari Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK). Sijil Gred A daripada majlis boleh digunakan sebagai dokumen pra syarat untuk Pensijilan Halal.
 

Premis Establisymen Makanan adalah tertakluk kepada Garis Panduan Grease Trap. Pemasangan 'Grease Trap' di premis makanan merupakan syarat wajib yang perlu dipatuhi dalam usaha menangani masalah pencemaran air longkang awam dari sisa makanan, minyak dan gris. Hampir 95% premis makanan yang dilesenkan oleh MBI telah memasang 'Grease Trap. Sehingga Jun 2024, sebanyak 70 kompaun berjumlah RM14,400.00 berserta surat amaran telah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh kepada premis yang masih tidak mematuhi arahan pemasang dan penyelenggaraan 'Grease Trap' seperti yang disyaratkan oleh MBI.
 
Dalam usaha ini, pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah melantik 2 buah syarikat rakan strategik iaitu Syarikat Biovisma Sdn Bhd dan Syarikat Tuck Soon Eco Recources (M) Sdn Bhd yang berfungsi untuk memberi perkhidmatan kutipan minyak terpakai daripada premis makanan di dalam kawasan pentadbiran MBI. Sehingga Jun 2024 sebanyak 1600 buah premis yang terdiri daripada premis kedai makan, kilang makanan, kantin sekolah, kafeteria hospital dan lain-lain yang telah menyumbang minyak masak terpakai mereka untuk diproses kitar semula sebagai produk biodiesel.
 


 
Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya ipoh akan menganjurkan Pertandingan Restoran dan Kafe Terbersih di bawah kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh Tahun 2024 bersempena dengan Sambutan Hari Bandaraya Ipoh yang ke-36. Pertandingan ini terbuka kepada semua premis makanan (kedai makan / restoran / kafe) yang mempunyai lesen daripada majlis dan telah digredkan dan tarikh tutup penyertaan pada 28 Julai 2024. Kreteria pertandingan ini mengambil kira kebersihan premis dan tandas, penarafan gred premis, kecerian premis, kreativiti konsep dan idea tersendiri, kawalan kesihatan dan lain-lain mengikut format borang penilaian dan penggredan premis makanan daripada Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT). Sesi penilaian dan pemilihan oleh MBI akan bermula pada 1 Ogos 2024. Majlis Bandaraya Ipoh mengalu-alukan penyertaan dari semua pihak pengusaha premis makanan yang berkelayakan. Sebatang pertanyaan boleh menghubungi Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Ipoh di talian 05-2083290 atau 05-2083289. Semoga program ini akan menjadi titik tolak untuk mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera dan Perak Sejahtera 2030.

Published : 15-Jul-2024

Switch To Desktop Version